ekedai
Troli kosong
Facebook Instagram X Aduan

Latar Belakang

Latar Belakang

Mengenai Kami

Permulaan Sebuah Profesion

Kegawatan gejala sosial masa kini memerlukan pendekatan yang lebih berkesan dan kaunseling dikenal pasti sebagai mekanisme terbaik dan sistematik bagi membantu masyarakat dari aspek psikologikal dan tingkah laku agar dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang bermoral dan beretika. Sesuai dengan perkembangan pesat yang berlaku dalam masyarakat Malaysia, profesion kaunselor dan bidang kaunseling perlu diiktiraf dengan akta yang tersendiri.

Oleh yang demikian, pada Oktober 1993 Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Majlis Kaunseling Kebangsaan (MKK). Majlis Kaunseling Kebangsaan telah dipengerusikan oleh Y.B Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ketika itu dan diuruskan secara pentadbiran.

Kaunseling dikenal pasti sebagai mekanisme terbaik dan sistematik bagi membantu masyarakat dari aspek psikologikal dan tingkah laku.

LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA
1993Majlis Kaunseling Kebangsaan ditubuhkan
1998Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) diwartakan
1 + 15Presiden dan 15 orang ahli Lembaga
2004Di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Sejarah

Garis Masa Penubuhan

  1. Oktober 1993

    Penubuhan Majlis Kaunseling Kebangsaan

    Jemaah Menteri meluluskan penubuhan MKK, dipengerusikan oleh Y.B Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

  2. 13 Ogos 1996

    Rang Undang-Undang Kaunselor dibentangkan

    Dibentangkan di Mesyuarat Majlis Kaunseling Kebangsaan.

  3. 4 Mac 1998

    Persetujuan Diraja

    Rang Undang-Undang Kaunselor mendapat persetujuan Diraja.

  4. 19 Mac 1998

    Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) diwartakan

    Memberikan kuasa sah ke atas pengawalseliaan perkhidmatan kaunselor di Malaysia.

  5. 2004

    Di bawah KPWKM

    Pentadbiran Lembaga Kaunselor diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas penyusunan semula kabinet.

Majlis Kaunseling Kebangsaan

Tiga Tugas Utama

Fokus Majlis Kaunseling Kebangsaan terbahagi kepada tiga tugas utama iaitu menilai keperluan perkhidmatan kaunseling, menentukan definisi dan standard kelayakan serta peringkat-peringkat kaunseling yang ditetapkan dan diiktiraf serta menyediakan kod etika perkhidmatan kaunseling. Majlis Kaunseling Kebangsaan juga telah memutuskan agar Rang Undang-Undang Kaunselor digubal dan hasilnya satu Rang Undang-Undang Kaunselor telah dibentangkan pada 13 Ogos 1996 di Mesyuarat Majlis Kaunseling Kebangsaan.

Menilai Keperluan

Menilai keperluan perkhidmatan kaunseling.

Standard Kelayakan

Menentukan definisi dan standard kelayakan serta peringkat-peringkat kaunseling yang ditetapkan dan diiktiraf.

Kod Etika

Menyediakan kod etika perkhidmatan kaunseling.

Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)
  • Persetujuan Diraja: 4 Mac 1998
  • Diwartakan: 19 Mac 1998
  • Lembaga: 1 Presiden + 15 ahli, Seksyen 13(1)
  • Diurus oleh Unit Pengurusan Lembaga Kaunselor, diketuai Pendaftar
Lembaga Kaunselor Hari Ini

Mengawal Selia dan Membangunkan Profesion

Rang Undang-Undang Kaunselor ini kemudiannya telah mendapat persetujuan Diraja pada 4 Mac 1998 dan diwartakan pada 19 Mac 1998 atas nama Akta Kaunselor 1998 (Akta 580). Akta ini memberikan kuasa secara sah ke atas pengawalseliaan perkhidmatan kaunselor serta semua aktiviti berkaitan kaunseling di Malaysia.

Lembaga Kaunselor diketuai oleh seorang Presiden dan dianggotai oleh 15 orang ahli yang dilantik mengikut peruntukan di bawah Seksyen 13(1) Akta Kaunselor 1998 (Akta 580). Pentadbiran Lembaga Kaunselor telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat setelah penyusunan semula kabinet pada tahun 2004. Unit ini diketuai oleh seorang Pendaftar di bawah Unit Pengurusan Lembaga Kaunselor.

Lembaga Kaunselor bertanggungjawab terhadap semua urusan berhubung penguatkuasaan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan merupakan satu mekanisme pelaksanaan perkara-perkara yang berhubung dengan akta tersebut bagi mengawal dan membangunkan tahap profesionalisme kaunselor dan perkhidmatan kaunseling di negara ini.

MYeLKM
BM | EN
MyGovernment

Penerbitan

MyPrestasi HRMIS
Arkib Elektronik
Maklumat CIO / CDO Agensi timestamp="2026-10-01 08:00:00" href="https://lembagakaunselor.kpwkm.gov.my/direktori-pengurusan/" style="display: none;"> Maklumat CIO / CDO Agensi splwpk-procurement splwpk-online-e-participation
Dasar Privasi

Dasar Privasi