
📢 PEMAKLUMAN PROSEDUR PENGELUARAN NAMA DARIPADA DAFTAR KAUNSELOR BERDAFTAR
Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) ingin memaklumkan bahawa seramai 94 Kaunselor Berdaftar telah disenaraikan untuk urusan pengeluaran nama daripada Daftar Kaunselor Berdaftar berdasarkan keputusan Mesyuarat Lembaga Bil. 2/2026 yang telah diadakan pada 23 April 2026.
Proses ini dilaksanakan selaras dengan peruntukan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan akan diteruskan melalui proses pewartaan rasmi mengikut tatacara yang ditetapkan.
📌 Maklumat Ringkas
✅ Berdasarkan kuasa di bawah subseksyen 20(1) dan 20(2), Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)
✅ Melibatkan 94 individu yang telah dikenal pasti untuk urusan pengeluaran nama
✅ Proses pewartaan akan dilaksanakan melalui Warta Kerajaan
✅ Urusan percetakan dan pewartaan rasmi dilaksanakan dengan kerjasama Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada urus setia LKM melalui talian 03-83232527 atau e-mel lembaga.kaunselor@kpwkm.gov.my.
#LembagaKaunselorMalaysia #LKM #KaunselorBerdaftar #AktaKaunselor1998 #Akta580 #ProfesionKaunseling #MalaysiaMADANI #KaunselorMalaysia




Users Today : 28
Pengunjung Semalam : 76
Pengunjung 7 Hari Lepas : 583
Pengunjung 30 Hari Lepas : 2122
Pengunjung Bulan Ini : 830
Pengunjung Tahun Ini : 3647
Total Users : 2229779
Pengunjung Dalam Talian : 0