
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SELAMAT DATANG
Seluruh warga Lembaga Kaunselor Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Dr. Suzana Binti Ali di atas pelantikan beliau sebagai Penasihat Undang-Undang Lembaga Kaunselor Malaysia.
YBrs. Dr. Suzana Binti Ali merupakan Peguam Bela & Peguam Cara serta Rakan Kongsi Utama firma peguam Suzana Ali & Partners. Beliau mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dalam bidang perundangan, merangkumi Bachelor of Laws (LLB Hons) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Master of Laws (LLM) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), serta Doctor of Business Administration (DBA) dari Taylor’s University.
Dengan pengalaman luas serta kepakaran beliau dalam pelbagai aspek perundangan, pihak Lembaga yakin pelantikan ini akan memperkukuh tadbir urus perundangan, perkhidmatan rasmi, dan pematuhan standard profesional Lembaga Kaunselor Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
Sekali lagi, selamat datang dan selamat menjalankan amanah demi memartabatkan profesion kaunseling di Malaysia.
Ikhlas daripada,
Pengurusan & Seluruh Warga Lembaga Kaunselor Malaysia






Pengunjung Hari Ini : 204
Pengunjung Semalam : 209
Pengunjung 7 Hari Lepas : 1576
Pengunjung 30 Hari Lepas : 5530
Pengunjung Bulan Ini : 2519
Pengunjung Tahun Ini : 20456
Jumlah Pengunjung : 2246588
Pengunjung Dalam Talian : 0