
Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) ingin menegaskan bahawa hebahan “Iklan Jawatan Kosong Pegawai Psikologi (Kaunseling) Tahun 2026” yang sedang tular di media sosial BUKAN dikeluarkan, diterbitkan atau mendapat kebenaran daripada Lembaga Kaunselor Malaysia.
Pihak LKM tidak mempunyai sebarang kaitan dengan hebahan tersebut.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar:
- Tidak mengimbas kod QR atau mengakses pautan yang disertakan.
- Tidak memberikan sebarang maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali.
- Merujuk saluran komunikasi rasmi LKM bagi mendapatkan maklumat yang sahih.
LKM memandang serius penyalahgunaan nama dan identiti organisasi yang boleh mengelirukan orang awam.
Sekian, harap maklum.
PENDAFTAR
LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA
22 Oktober 2026






Pengunjung Hari Ini : 92
Pengunjung Semalam : 206
Pengunjung 7 Hari Lepas : 1123
Pengunjung 30 Hari Lepas : 5600
Pengunjung Bulan Ini : 4105
Pengunjung Tahun Ini : 22042
Jumlah Pengunjung : 2248174
Pengunjung Dalam Talian : 0