
7 Januari 2026 – YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan lawatan rasmi ke Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kementerian dalam memperkasakan perkhidmatan kaunseling yang profesional, beretika dan berfokuskan kesejahteraan masyarakat.
Lawatan ini bertujuan meninjau peranan dan fungsi LKM dalam mengawal selia profesion kaunseling, memastikan pematuhan standard amalan serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan kaunseling di Malaysia. Sesi taklimat ini turut memberi fokus kepada inisiatif LKM dalam memperluas akses perkhidmatan kaunseling, khususnya kepada golongan rentan, keluarga dan komuniti.
Sesi ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh hala tuju profesion kaunselor dalam usaha meningkatkan kualiti, kebolehcapaian dan keberkesanan perkhidmatan kaunseling, sejajar dengan agenda pembangunan sosial negara dan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, ihsan dan kelestarian sosial.






Users Today : 25
Pengunjung Semalam : 167
Pengunjung 7 Hari Lepas : 1003
Pengunjung 30 Hari Lepas : 3883
Pengunjung Bulan Ini : 1852
Pengunjung Tahun Ini : 15196
Total Users : 2241328
Pengunjung Dalam Talian : 0