
Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) ingin memperjelaskan mengenai definisi dan etika kaunselor bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap peranan, tanggungjawab serta batas profesional seorang kaunselor berdaftar.
Perkhidmatan kaunseling merupakan suatu proses pertolongan yang sistematik berasaskan teori, berfokus kepada pemerkasaan klien (client empowerment), membina hubungan profesional yang terapeutik, memelihara prinsip kerahsiaan serta berorientasikan kesejahteraan holistik klien.
LKM menegaskan bahawa setiap kaunselor berdaftar hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, integriti dan tanggungjawab profesional selaras dengan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) serta Kod Etika Kaunselor.
Kaunselor juga diingatkan untuk sentiasa menghormati batas bidang profesional, tidak melangkaui skop amalan kaunseling serta menjaga kehormatan profesion kaunseling.
Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM)
21 Julai 2026
#LembagaKaunselorMalaysia #LKM #KaunselingMalaysia #EtikaKaunselor #KaunselorBerdaftar







Users Today : 5
Pengunjung Semalam : 150
Pengunjung 7 Hari Lepas : 937
Pengunjung 30 Hari Lepas : 4393
Pengunjung Bulan Ini : 1724
Pengunjung Tahun Ini : 11318
Total Users : 2237450
Pengunjung Dalam Talian : 1